Wednesday, August 12, 2009

JANGAN GURIS HATINYA

ADAKAH ANDA SANGGUP ENGGAN MENEMANI IBU ANDA PERGI MEBELI BELAH PADA HARI SABTU JIKA HAKIKAT KEMUDIANNYA ANDA BERASA SANGAT BERSALAH TERHADAP APA YANG TELAH ANDA LAKUKAN TERHADAP IBU ANDA

Jika ini berlaku pada anda, cuba fikir cara-caranya supaya tidak ada hati yang terguris dalam diam. Cubalah….

Langkah Pertama

Mengakui Apa Sebenarnya Yang Anda Fikirkan,Atau Kenapa Anda Melakukannya.

Apabila anda berasa bersalah dengan apa yang telah anda lakukan itu terhadap ibu anda, langkah pertama ialah fahami sebab-sebab sebenar mengapa anda tidak mahu pergi menemani ibu anda membeli belah. Andaikan bahawa keengganan anda itu berpunca kerana anda ingin membersihkan rumah anda. (Walaupun ini mungkin bukan alas an sebenar yang diberikan kepada ibu anda – mungkin anda mempunyai alasan lain di sebaliknya, tetapi alasan itu tidak berapa kukuh)

Langkah Kedua

Gunakan Pelbagai Perkara Logik Sehingga Anda Melihat Betapa Sia-Sianya Perbuatan Anda

Langkah kedua ialah menggunakan pemikiran yang logik. Tanya diri sendiri adakah alasan yang anda berikan kepada ibu anda itu merupakan alasan yang munasabah untuk mengatakan tidak kepada ibu anda atau anda sebenarnya seorang yang mementingkan diri sendiri (selfish)? Anda juga perlu menimbang sama ada tindakan anda tersebut sebenar silap, silap, silap, silap dan silap atau sebenarnya menghampakan ibu anda.

Jika anda faham dan sedar kedua-dua persoalan, maka secara logiknya anda tidak perlu rasa bersalah – anda mesti fikirkan sehinggalah anda dapat mempercayainya. Sementara menunggu keyakinan itu datang, anda akan sama ada terus rasa bersalah atau membiarkan sahaja ibu anda pergi seorang diri tanpa menemaninya dan anda terus rasa bersalah.

Jika tahap kesedaran anda masih samar-samar mengenai dua (2) persoalan di atas, buatlah keputusan segera dan fikirkan apakah langkah-langkah sebenarnya yang perlu anda lakukan untuk menghilangkan perasaan rasa bersalah (guilty conscience) itu. Contohnya, jika anda melukai hati ibu anda atau membuat ibu anda tersinggung atas perbuatan anda tersebut mungkin anda perlu mencari masa yang sesuai untuk duduk bersama dan bercakap dengan ibu anda, untuk menjelaskan keadaan sebenar dan jujurlah semasa anda mengatakan TIDAK.

Langkah 3

Fikir Dan Bertindak Secara Positif – Jangan Mengeluh Atau Berfikiran Negatif. Akui Perasaan Cemburu, Iri Hati Atau Bersalah Anda Itu, Jika Ia Boleh Membantu Anda Melupai Perasaan Bersalah Anda Itu

Jika anda tidak mengambil sikap negatiif, anda akan sama ada berkata tidak dan merasa bersalah, atau berkata ya dan akhirnya anda melakukan sesuatu yang anda sendirin tidak inginkan sama sekali.

Bagaimanapun, jika anda memiliki sikap positif pastikan apabila anda mengatakan TIDAK kepada orang lain, susulilah dengan sebab-sebab yang munasabah dan jangan sekali-kali mereka-reka alasan. Lakukan dengan cara yang baik kerana tindakan itu akan menzahirkan perasaan sebenar anda, terutama sekali apabila perasaan rasa bersalah itu masih menusuk kalbu. Jelaskan pada ibu kesayangan anda bahawa anda tidak dapat menemankannya membeli belah pada hari Sabtu nanti kerana anda perlu membersihkan rumah. Katakanlah pada ibu anda itu bahawa anda sebenarnya ingin menemaninya tetapi keadaan tidak mengizinkan sebab anda ingin membersihkan rumah dan kawan anda akan datang untuk bermalam di rumah anda pada hujung minggu itu (Sabtu).

Bagaimanapun berhati-hatilah- jikalau anda tidak menjelaskan sebab-sebab sebenar anda tidak boleh menemaninya, ini akan membuatkan ibu anda merajuk dan perasaannya terguris. Dalam masa yang sama anda juga harus menerima keadaan bahawa jika orang lain (bukan ibu anda) tidak suka anda berkata TIDAK itu adalah masalah mereka, bukan masalah anda – mereka mungkin ingin melihat anda rasa bersalah kerana berkata TIDAK dan mereka ingin anda mengalah supaya anda akhirnya menemani mereka (bukan ibu anda).

Masih ada jalan untuk bertolak ansur bagi memuaskan perasaan kedua-duanya – ibu anda mungkin dengan sukarelanya ingin bersama-sama membantu anda membersihkan rumah, agar akhirnya ibu dan anda berdua dapat juga pergi membeli belah bersama. Tetapi awaslah! Jika alasan yang anda berikan itu hanya sekadar alasan semata-mata, maka anda sebenarnya akan memburukkan lagi hubungan dengan ibu anda.

Cubalah berlaku jujur dengan ibu anda, jika tidak, perasaan bersalah anda tidak akan ada penghujungnya atau anda mungkin melakukan perkara-perkara yang anda sendiri tidak mahu lakukan.

Hakikatnya setiap manusia di dunia hanya memiliki seorang sahaja IBU DAN BAPA KANDUNG, sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi anda.

Jika ada yang berpendapat sebaliknya, mereka sebenarnya masih berfantasi.

No comments:

Post a Comment