Ceritaku......
Seorang ayah sedang melihat kearah kereta barunya yang cantik, anak lelakinya pula yang berusia tiga (3) tahun sedang bermain dengan tukul besi berhampiran kereta baru ayahnya. Tiba-tiba secara tidak sengaja tukul tersebut terlepas dari tangan dan terkena pintu kereta baru ayahnya sehingga menyebabkan pintunya kemek.
Dengan perasaan geram dan marah si ayah meluru ke arah anaknya lalu mengambil tukul tadi dan terus memukul jari-jari anaknya dengan tukul itu, sebagai hukuman. Setelah kemarahan reda, si ayah membawa anaknya ke hospital untuk rawatan segera. Di hospital sepasukan doktor telah sedaya upaya merawat tangan anaknya tetapi masih gagal menyelamatkan jari-jari anaknya yang ditukul tadi. Akhirnya jari-jari yang cedera tadi terpaksa dipotong di kedua-dua belah tangan anaknya.
Apabila si anak sedar dari pembedahan dan melihat tangannya yang berbalut si anak berkata kepada ayahnya yang duduk di sebelah katil “AYAH, SAYA MINTA MAAF KERANA MEROSAKKAN PINTU KERETA BARU AYAH”. Kemudian si anak bertanya ayahnya lagi “AYAH, BILA JARI-JARI SAYA HENDAK TUMBUH SEMULA?”.
Kesannya apabila si ayah balik ke rumah beliau telah mengambil keputusan membunuh diri.
