Saturday, April 25, 2009

Bersederhana Dalam Keperluan Hidup

Manusia sudah mampu untuk hidup jika dapat makan dua kali sehari, berpakaian dua persalinan, rumah untuk berteduh, menghirup udara dan bergerak.
Kejadian manusia adalah sama, cuma hajat atau keinginan mereka yang berbeza-beza. Hidup manusia di atas sempadan, di garisan yang memisahkan di antara perangai malaikat dengan perangai binatang. Jika meniru perangai malaikat, manusia akan lebih dari malaikat, sebab kemalaikatan mereka dicapai dengan perjuangan. Jika manusia meniru haiwan maka kehinaannya lebih bawah daripada haiwan itu sendiri.
Lihat haiwan, setelah kenyang perut, ia akan tidur. Manusia walaupun mereka kaya, semakin kaya semakin tidak senang hidupnya, bertambah tamak dan haloba dan tidak ingin berpisah dari hartanya. Lihat sahaja manusia yang hidup sebagai penagih dadah terlarang, telah kurus kering dan musnah darahnya kerana dadah, dan dia sendiri mengetahuinya tetapi tidak sanggup pula berhenti menagih.
Kita melihat orang miskin ingin mengubah kehidupan menjadi kaya seperti orang kaya yang lain, sedangkan gajinya kecil, belanjanya lebih besar dari emolumennya. Pendapatannya rendah tetapi borosnya lebih tinggi dari modalnya, tentu sahaja akan habis, umpama "Laut ditimba lagikan kering". Sebab itulah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa masih menjadi sebahagian "budaya" manusia moden.

No comments:

Post a Comment